Uyaina Arshad & Raja Syahiran pilih nama Raja Urhan – “…bermaksud pemimpin yang hebat,”

Dari Penulis

PASANGAN selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran sepakat menamakan anak lelaki mereka yang lahir pada Khamis lalu sebagai Raja Urhan Raja Syahiran.

Menurut Uyaina, Urhan membawa maksud yang cukup baik dan sebutannya juga hampir sama dengan nama ibunya.

“Urhan bermaksud pemimpin yang hebat. Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta Noor Alhan, nama Urhan juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad, Raja Syahiran sambut kelahiran bayi lelaki

“Semoga Raja Urhan membesar menjadi seorang khalifah yang baik di muka bumi ini dan dapat memberi kebaikan kepada ramai orang,” tulis Uyaina di Instagram.

Dalam pada itu, Uyaina turut memaklumkan dia kini sudah memulakan kehidupan sebagai seorang ibu.

Bagaimanapun, pasangan ini masih belum mendedahkan wajah bayi sulung mereka untuk tatapan umum.

Uyaina dan Raja Syahiran melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard pada 20 Disember tahun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This