KRITIKAN kononnya kenaikan kali ketiga kadar dasar semalaman (OPR) menyerlahkan kegagalan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi disifatkan kenyataan dangkal terhadap penilaian pengurusan ekonomi.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan dibuat salah seorang ahli Parlimen itu adalah tidak wajar.
Tegas beliau, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak diwujudkan secara ad-hoc kerana ia berasaskan kertas Jemaah Menteri yang dibentangkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) oleh menteri yang menjaga hal ehwal ekonomi.
Annuar berkata, perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam mesyuarat Jemaah Menteri untuk beberapa menteri menggembleng tenaga dalam pasukan berkenaan.
“Komitmen kita akan diteruskan, kita tahu ini bukan satu isu mudah dan tak boleh nak tolak bola sana sini.
“Kabinet telah mengambil pendekatan hold the bull by the horn dan pengurusan mikro bagi setiap permasalahan rakyat.
“Apabila perlu ada satu jawatankuasa atau kerjasama antara kementerian, maka kita perlu bekerja sebagai satu pasukan dan tidak boleh bekerja dalam silo masing-masing.
“Pendekatan ini akan diteruskan. Sejauh mana kita berkesan, kita akan lihat kepada hasilnya,” katanya dalam sidang media hari ini.
Baca artikel berkaitan: Kadar tukaran nilai ringgit perlu dilihat menyeluruh – Annuar
Sementara itu, Annuar memaklumkan program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) telah dilaksanakan di 454 dewan undangan negeri (DUN) iaitu 71 peratus daripada 639 DUN yang disasarkan.
Katanya, pelaksanaan PJMKM itu sedang dipergiat memandangkan ia menerima sambutan menggalakkan Keluarga Malaysia.
Namun begitu, Annuar berkata, pelaksanaan di beberapa negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan beberapa kawasan tertentu di Sarawak.
Annuar berkata pemakluman mengenai PJMKM akan dipertingkatkan di saluran berita tempatan, bagi membolehkan orang ramai mengetahui tentang program tersebut dengan lebih menyeluruh.
“Saluran berita tempatan hendaklah memaklumkan premis mana yang sedang mengadakan PJMKM, apa jenis barangan dan berapa peratusan pemotongan diberi. Ini bagi membolehkan rakyat golongan B40 dapat maklumat dan dapat guna sepenuhnya PJMKM, untuk dapatkan barang keperluan di kawasan mereka,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

