NILAI ringgit yang dikatakan semakin melemah ketika ini perlu dilihat secara menyeluruh, bukannya hanya membandingkan dengan mata wang tertentu.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, nilai ringgit sebenarnya mengukuh jika dibandingkan dengan mata wang beberapa negara dagang tertentu.
Menurut beliau, penurunan mata wang negara itu hanya terhad kepada mata wang tertentu khususnya dolar Amerika Syarikat (AS) dan dolar Singapura.
Bagaimanapun, Annuar menjelaskan, prestasi ringgit adalah baik jika dibandingkan dengan beberapa mata wang lain.
“Beberapa polemik dibangkitkan tentang keresahan kerana kejatuhan nilai ringgi dan sebagainya.
“Kita telah diberi pembentangan dan penjelasan lebih lanjut oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang telah memberikan beberapa nasihat serta garis panduan tentang fakta tertentu yang kemungkinan tak begitu sampai kepada khalayak.
“Sebenarnya kalau dilihat secara menyeluruh, nilai ringgit turut mengukuh dengan mata wang tertentu. Sebagai contoh, ringgit meningkat berbanding yen Jepun sebanyak 15.5 peratus; 8.2 peratus berbanding pound Sterling; 7.3 peratus berbanding won Korea dan 4.4 peratus berbanding Euro.
“Cuma bila dilihat berbanding dolar AS kita melemah kira-kira tiga peratus dan 3.9 peratus dengan dolar Singapura,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Baca artikel berkaitan: Kerajaan ambil langkaf ofensif, defensif dan advokasi tangani ancaman siber – Annuar
Mengulas lanjut, Annuar menegaskan ada perkara fundamental diteliti BNM sepanjang masa apabila melihat tentang penurunan ringgit berbanding dolar AS.
Kata beliau, ia termasuk mengawal selia kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) yang dinaikkan secara berperingkat berbanding beberapa negara yang mengambil langkah lebih drastik.
“Ini kaedah berbeza digunakan oleh agensi yang mengawal polisi monetari masing-masing dan tidak diputuskan Pasukan Jihad atau Kabinet.
“Kita tahu BNM mempunyai rekod cemerlang menguruskan ekonomi dan tak perlu merasa sangsi atas tindakan dilakukan jawatankuasa monetari yang bersidang setiap suku tahun.
“Mereka melihat kepada keseluruhan senario untuk pastikan negara kita mempunyai dasar monetari yang baik dan pada masa sama, Kementerian Kewangan juga akan terus mengadakan dasar-dasar fiskal terutama sewaktu pembentangan belanjawan.
“Kesemua ini diteliti dengan begitu rapi dan akan terus dipantau secara keseluruhan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

