Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. GAMBAR: Abd Razak Aid

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kesihatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada dalam keadaan baik sebelum discaj keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihak HKL juga telah mengadakan sidang keluarga sebanyak dua kali yang telah dihadiri oleh bekas Perdana Menteri dan ahli keluarga beliau. 

Katanya, keputusan ujian-ujian telah dimaklumkan semasa sidang itu mengikut amalan professional kedoktoran. 

“Mereka juga telah dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar beliau (Najib) dibenarkan untuk didiscaj daripada HKL. 

“Dimaklumkan juga bahawa jenis-jenis ubat yang dipreskrib semasa kemasukan wad adalah yang sama jenisnya dan dalam senarai ubatan KKM. 

“Keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: KKM cadang majikan beri cuti tambahan untuk pekerja jalani saringan kesihatan – Khairy

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, KKM komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan kesihatan kepada mana-mana individu.

Begitupun, katanya, KKm pada masa sama mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012). 

Jelas beliau, sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit boleh dikemukakan kepada Mahkamah sekiranya diarahkan Mahkamah.

Terdahulu, KKM memaklumkan Najib telah dimasukkan ke HKL Jumaat lalu (9 September 2022) sebagai kes elektif (bukan kecemasan) untuk memastikan kesihatan beliau berada pada tahap yang baik dan optimum.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram