SEORANG lelaki warga Indonesia hanya sempat melarikan diri sejauh 14 kilometer sebelum terbabas ketika dikejar polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisoner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek sebelum itu nekad memecut kenderaan di sekatan jalan raya dekat Kilometer 31, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), 7.30 pagi Sabtu lalu.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya telah mengarahkan suspek yang memandu kereta Proton Saga untuk berhenti bagi pemeriksaan lanjut.

“Sebaliknya suspek bertindak memecut laju kenderaan sehingga hampir melanggar anggota bertugas.

“Dua anggota polis telah mengejar suspek sehingga di Kilometer 45.4 sebelum suspek kemudian melanggar palang tol di lorong kanan Plaza Tol Sunway,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Rempuh sekatan kerana tiada lesen memandu

Tambahnya, akibat kemalangan itu, kenderaan suspek mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemasan.

Mohd Iqbal berkata, suspek telah ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai barang yang salah di sisi undang-undang.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tiada lesen memandu,” katanya.

Sehubungan itu, suspek ditahan reman sehingga esok dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram