Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman GAMBAR: Abd Razak Aid

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) perlu bertanding di kubu kuat UMNO sekiranya mahu menyertai Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Itu penegasan Ketua PKR Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan yang melihat Muda masih belum kuat dalam arena politik negara ketika ini.

Menurut Sathia, kekuatan Muda setakat ini belum diuji sepenuhnya selain hanya tahu menyasarkan kerusi selamat dalam pilihan raya.

Hal itu merujuk kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa yang dimenangi Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu.

“Selain Putrajaya, Muda boleh tanding di Rembau, Pekan, Bagan Datuk… ini semua kerusi kubu Umno. Baru nampak, tunjukkan kekuatan anda di sana.

“Kalau Muda nak masuk (PH) boleh, tapi tanding di 15 kerusi yang tak boleh menang langsung – dan selepas itu PH akan tengok Muda sebagai contoh yang baik,” ujarnya memetika laporan Free Malaysia Today.

Baca lagi: Muda bukan ejen, proksi Tun M, sedia adakan pertemuan rasmi dengan PH

Mengulas lanjut, Sathia berkata, PH tidak mahu calon ‘bidan terjun’ yang hanya muncul ketika musim pilihan raya.

Sebaliknya, tegas beliau, pakatan itu memerlukan calon yang mempunyai kekuatan akar umbi di kawasan yang akan ditandingi.

“Kita tak mahu calon bidan terjun, kita nak calon yang tahu selok belok kawasan itu.

“Kalau Muda tanding, contoh dia nak tanding kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), padahal kerusi yang Bersatu tanding tu kerusi PH. 

“Memang kerusi selamat, jadi pergilah ambil kerusi yang kita tak menang (ketika PRU-14),” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram