Muda bukan ejen, proksi Tun M, sedia adakan pertemuan rasmi dengan PH

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya parti tersebut merupakan ejen atau proksi Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz sebaliknya menyifatkan banyak hal asas menyerlahkan perbezaan antara parti tersebut dengan Pejuang mahu pun Dr. Mahathir.

Menurut Amira Aisya, Muda mahu meraikan semua agama, kaum dan warna kulit malah parti tersebut bergerak bersama Pakatan Harapan (PH) sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Sehubungan itu, beliau berkata, pimpinan Muda bersedia untuk mengadakan pertemuan rasmi dengan PH bagi membincangkan hasrat parti tersebut bagi menyertai gabungan berkenaan.

“Di sebalik semua rekod bekerja Muda dan PH, saya tetap memahami setiap kritikan dan rasa ragu-ragu dari rakan PH. Lumrah membina sebuah gabungan bersama – pasti ada banyak persoalan.

“Usaha saya dan rakan-rakan Muda adalah untuk memastikan apabila masuk ke dalam pilihan raya – rakyat jelas dan faham tawaran dari pembangkang.

“Malah, komitmen Muda adalah memastikan hubungan baru ini dapat terus berkembang sebagai sebuah pasukan bukan sahaja untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tetapi dalam setiap perjuangan untuk rakyat pada masa hadapan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Prinsip perjuangan sama, MUDA berhasrat sertai PH

Mengulas lanjut, Amira Aisya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berkata, sejak parti itu mengumumkan hasrat menyertai PH, beliau melihat ada kerisauan, ragu-ragu dan kritikan terhadap niat tersebut.

Katanya, ada pihak yang mengatakan Muda tidak ikhlas berjuang, malah mengatakan Presiden parti itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga melompat parti dan tidak boleh dipercayai.

“Saya nak sebut di sini bahawa semua dakwaan ini bukan sahaja tidak benar malah ia dibina dengan imaginasi yang aneh-aneh.

“Konspirasi lain yang luar biasa, kononnya Muda jumpa Dr. Mahathir untuk minta kebenaran masuk PH – sudah tentu juga salah. Lain macam cerita ini.

“Lihat pada kerja kami di lapangan, suara dan cadangan kami untuk bina semula negara,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This