PELAKON, penerbit dan usahawan popular, Datuk Rosyam Nor tidak berniat untuk menjatuhkan maruah golongan wanita selepas tindakannya sebelum ini mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi ketika mempromosikan Program Keusahawan Wanita [email protected]

Menurut Rosyam, dia memohon agar ramai memandang apa yang diperkatakannya itu dari sudut positif sebagai langkah proaktif untuk memajukan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Rina tolong fokus isu penting, jangan keluar selepas viral sahaja – Norliza, Jangan mahu politikkan semua benda, Rina ulas video tular

“Program yang saya jalankan itu memberi semangat dan kesedaran buat kaum wanita untuk bangkit dalam perniagaan.

“Tidak timbul isu saya bercakap kasar atau menjatuhkan kaum wanita,” katanya memetik mStar.

Terdahulu, satu video yang memaparkan pelakon Castello di laman sosial TikTok Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Mohd Harun tular selepas warganet meluahkan rasa kesal dengan cara penyampaiannya yang didakwa sengaja mahu merendahkan kedudukan kaum wanita.

“Bangun lambat, bangun lambat semuanya lambat. Wanita ini semuanya lambat. Eh bangkitlah, bangun daripada tidur.

“Esok di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), program saya dan Datuk Seri Rina, korang datang sahaja pukul 9 pagi.

“Saya nak belasah kepala korang. Baru kita bangkit,” ujar Rosyam menerusi perkongsian video terbabit.

Jelas Rosyam, perkataan ‘belasah’ digambarkan sebagai ingin memberi kesedaran dan semangat buat golongan wanita untuk bangkit demi mengubah kehidupan masing-masing.

Katanya lagi, program tersebut kebanyakkannya disertai oleh golongan B40 yang tidak kisah jika perkataan ‘belasah’ digunapakai.

Selain dia turut menjelaskan perkataan bangun lambat yang dituturkannya itu bukan menuding jari jika golongan wanita sering bangun lambat daripada tidur.

“Saya gunakan metafora untuk golongan usahawan dan bukannya merujuk kepada para wanita yang bangun tidur lambat,” ujarnya.