Imbau zaman bercinta, Ismail Sabri dan isteri ‘dating’ di McD

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WALAUPUN sibuk dengan jadual padat seharian, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sememangnya dikenali sebagai seorang family man

Bapa kepada empat orang anak itu juga kerap memuat naik gambar bersama cucunya, Jeanelle Nika Mandagie.

Kali ini, Perdana Menteri ‘mendedikasikan’ ciapan di Twitter dan Facebook khas buat cinta hatinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin. 

Menerusi ciapan tersebut, Ismail Sabri menyerlahkan sisi ‘romantik’ apabila mengimbau kembali nostalgia sewaktu melalui zaman percintaan. 

Menurut Perdana Menteri, beliau dan Muhaini telah bercinta sejak sekolah iaitu ketika dirinya berada di Tingkatan Enam Atas, manakala isterinya di Tingkatan Enam Rendah. 

Beliau berkata, lokasi yang selalu menjadi lokasi dating mereka berdua sudah tentu restoran makanan segera. 

“Mengembalikan nostalgia zaman bercinta dulu. Saya dan Datin Seri bercinta sejak bersekolah, masa itu saya di Tingkatan Enam Atas dan Datin Seri di Enam Rendah.

Baca artikel berkaitan: Proses bina Keluarga Malaysia bersatu padu, miliki identiti nasional perlu dipertahan – PM

“Tempat makan paling hebat sewaktu dating ketika itu di fast food restoran sahajalah. 

“A&W, KFC dan lain-lain. Kalau time saya ada duit lebih, nak ‘up’ sikit saya bawa dia ke Colliseum Cafe,” katanya dalam ciapan tersebut. 

Mengembalikan nostalgia itu, Perdana Menteri dan isteri sempat singgah ke sebuah restoran makanan segera iaitu McDonald’s di Ayer Keroh, Melaka. 

Pasangan itu singgah di restoran berkenaan selepas menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, malam tadi. 

“Malam tadi selepas program sambutan Hari Malaysia, kami singgah di McD Ayer Keroh, Melaka. 

“Teringat waktu muda dulu. Kini kami dah jadi atok dan nenek. Namun yang pasti kami masih tetap bercinta,” jelas beliau. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This