Anak sambung pengajian di UK, Azhar Sulaiman harap Leona pulang dengan imej baharu

Dari Penulis

PELAKON Azhar Sulaiman mengakui dirinya tidak berasa sedih melihatkan anak kembarnya Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin yang melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK).

Dedah Azhar, anak-anaknya itu sudah terbiasa pergi ke luar negara dengan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman dah tegur anak jangan seksi, anggap balasan yang dibuat ketika zaman muda, Video seksi anak tular di media sosial, Azhar Sulaiman hanya mampu berdoa

“Saya tak rasa sedih sangat mungkin sebab mereka dari kecil sudah biasa melancong ke seluruh dunia sebab menyertai program Jamboree Pengakap atau Girl Guides Dunia.

“Tiga tahun tak lama dan cukup untuk Leona balik dengan imej baharu…UK kan sejuk,” tulisnya di Instagram miliknya.

Azhar Sulaiman (kiri) bersana Leona dan Rees (kanan)

Menerusi hantaran sama, Azhar turut memuat naik video anak kembarnya yang sedang berpelukan bersama keluarga dan rakan-rakan ketika di lapangan terbang.

Dalam pada itu, menerusi entri berbeza, Azhar turut mentipkan pesanan kepada anak-anaknya itu tidak meninggalkan solat.

“Belajar rajin dan jangan tinggal solat.

“Dunia saya akan sunyi lepasi ini,” katanya.

Semalam, Leona ada berkongsi di laman TikTok miliknya dan memberitahu dirinya berasa sedih untuk meinggalkan keluarga di Malaysia.

Malah, Leona turut mengakui berulang kali menangis apabila mengenangkan masa untuk dirinya bersama keluarga akan berakhir sebelum di menyambung pengajian selama tiga tahun di luar negara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This