SEORANG lelaki berusia 52 tahun apabila treler yang dipandu terbabas ke bahu jalan menyebabkannya tercampak keluar awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 257 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.40 pagi tadi.

“Mangsa telah dikenal pasti sebagai Budi Abd Rahman tercampak keluar dari lori yang membawa muatan sampah itu.

“Mangsa tersepit di pembahagi jalan dan telah disahkan meningal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Baca lagi: Pemandu treler maut kenderaan terbabas berhampiran Terowong Menora

Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Shauki Che Darus itu tamat pada jam 7.38 pagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram