Walau dianiaya, dipulaukan, saya tetap UMNO! – Khairy Jamaluddin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau masih lagi ahli UMNO dan tidak pernah berniat untuk keluar daripada parti tersebut.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, orang ramai tidak perlu khuatir kerana beliau akan kekal setia dengan parti itu.

Kenyataan itu dikongsi Khairy menerusi Instagram beliau sebagai kenyataan balas terhadap sebuah video yang dimuat naik di Youtube semalam.

Video bertajuk KJ Keluar UMNO, Sah, Keputusan Muktamad Khairy Jamaluddin itu telah mendapat 8,000 tontonan dan pelbagai reaksi daripada ramai pihak.

“Saya tidak suka layan berita macam ini tetapi ramai yang mesej dan tanya. Saya tetap UMNO.

“Saya menang Ketua Pemuda tetapi tidak dilantik Kabinet dan dipulau, tetap UMNO. Waktu kalah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan macam-macam political persecution, tetap UMNO.

“Saya kalah (pemilihan) Presiden dan dipandang semacam, tetap UMNO. Kena cari kawasan baharu pun, tetap UMNO. Jangan risau. Dulu, kini dan selamanya,” katanya.

Baca lagi: Apakah perlu mengorbankan Khairy Jamaluddin demi mengangkat seorang pemimpin?

Sebelum ini, Khairy mengumumkan akan memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi Parlimen Rembau.

Khairy menyatakan perkara itu akan menyebabkan beliau tidak mempunyai kerusi yang jelas untuk bertanding dalam PRU-15.

Begitupun, beliau yang pernah menggalas tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum ini memaklumkan akan mengikut keputusan parti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This