Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEMUA orang termasuk lelaki yang menjadi mangsa jenayah intip dan hendap boleh tampil ke hadapan untuk berkongsi apa jua yang dialami mereka.

Saranan itu diutarakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berhubung usaha untuk mewartakan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan jenayah intip dan hendap.

Menurut Mas Ermieyati, sesiapa sahaja mungkin menjadi mangsa jenayah tersebut dan pewartaan RUU itu memerlukan kerjasama semua pihak.

“Setakat ini saya tidak pernah menerima sebarang perkongsian daripada lelaki, tetapi saya tidak menolak kemungkinan mereka menjadi mangsa juga.

“Hal ini kerana jenayah intip dan hendap tidak mengira jantina atau latar belakang seseorang individu pada masa kini.

Baca lagi: Kementerian Kewangan, NGO wanita sedia belanjawan berasaskan data gender mulai 2023 – PM

“Oleh itu, saya berharap lelaki tidak malu berkongsi, ini adalah masa terbaik untuk kita sama-sama perjuangkan nasib mangsa intip dan hendap yang berhadapan dengan situasi sukar sebegini,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi libat urus bersama Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) mengenai penggubalan RUU anti-stalking law itu hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram