POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melakukan rampasan dadah jenis syabu sebanyak 236.88 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM8.53 juta Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, rampasan itu hasil daripada lima serbuan yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Jelas beliau, serbuan tersebut dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Yahaya berkata, pasukan operasi berjaya menahan tujuh suspek berusia antara 24 hingga 47 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah syabu bagi pasaran tempatan.
“Dadah yang dirampas ini diperoleh dari negeri utara Semenanjung dan dihantar ke Kuala Lumpur sebelum diedarkan kepada pembeli di sekitar Lembah Klang.
“Sindiket ini dipercayai aktif sejak Julai tahun ini dan jumlah rampasan dadah boleh digunakan untuk seramai 473,760 penagih,” katanya dalam sidang media hari ini.
Baca lagi: Syabu 3.58 gram disorok dalam kereta bekas pemain bola

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan semua suspek direman selama tujuh hari dari 18 hingga 24 September untuk membantu siasatan.
Katanya, hasil ujian saringan awal terhadap semua suspek mendapat seorang positif dadah jenis methamphetamine, empat positif dadah jenis ganja manakala dua suspek negatif.
Tambah beliau, semakan rekod jenayah mendapati empat suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah manakal tiga lagi suspek tidak memiliki sebarang rekod.
“Tindakan juga diambil mengikut ADB (Pelucuthakan Harta) 1988 yang mana setakat ini telah menyita empat jenis kenderaan iaitu Toyota Alphard, Ford Ranger, Perodua Axia dan Perodua Bezza.
“Turut dirampas sejumlah barang kemas dan jam tangan dengan anggaran keseluruhan bagi nilai sitaan berjumlah RM424,750,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

