PETRONAS akan menaikkan elaun bagi dua kategori untuk pelajar di bawah tajaan mereka melibatkan 2,267 orang berkuat kuasa serta merta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua kategori tersebut adalah kenaikan elaun buku dan peralatan belajar serta pelajar yang baru menerima penajaan Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) 2022.
“Pertama, kenaikan elaun buku dan peralatan belajar daripada RM1,000 kepada RM1,500 untuk pelajar di Malaysia dan tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara.
“Kedua, pelajar yang baru menerima penajaan PESP, elaun induksi akan dinaikkan daripada RM 4,500 kepada RM 5,000,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian PESP 2022 hari ini.

Baca lagi: Petronas tegaskan tindakan rampas aset tidak berasas, akan pertahan kedudukan
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau berharap kenaikan dua elaun itu dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, selain tajaan PESP, Petronas juga menyumbang lebih RM1 bilion bagi pelbagai program lain dalam bidang pendidikan negara.
Jelas beliau, ia termasuk membina dua buah Maktab Rendah Sains MARA bernilai lebih RM211 juta yang mampu menempatkan pelajar dalam persekitaran pembelajaran kondusif.
“Selain itu, Petronas juga membina dua buah asrama harian luar bandar di kawasan pedalaman yang siap sepenuhnya pada tahun 2019 bagi menyediakan akses pendidikan lebih baik kepada pelajar-pelajar terbabit.
“Malah lebih 78,000 pelajar B40 di seluruh negara telah menerima manfaat di bawah Program Kembali Ke Sekolah, Yayasan Petronas.
“Program Discover Petronas@School pula diperkenalkan bertujuan mendedahkan pelajar tentang perancangan masa hadapan dan peluang pekerjaan dalam industri tenaga,” katanya.
Perdana Menteri menambah, Petronas turu memberi perhatian terhadap para guru dalam negara menerusi Program Duta Guru Petronas.
Katanya, program dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia itu membantu seramai 4,500 guru untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran, serta daya fikir seorang pendidik STEM yang berimpak tinggi menjelang tahun 2030.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

