SEORANG pengarah bahagian pengurusan fasiliti sebuah universiti awam (UA) direman tujuh hari atas dakwaan menerima suapan.
Lelaki itu ditahan atas dakwaan menerima satu suapan harta alih iaitu sebuah kenderaan jenis Honda Accord 2.4 i-vtec yang dianggarkan bernilai RM174,500.
Suapan itu adalah daripada seorang pemilik syarikat kontraktor di Klang, Selangor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai RM1,654,350.
Lelaki berusia 50an itu tiba dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga di Mahkamah Majistret kira-kira 9 pagi.
Baca lagi: SPRM tahan pengarah universiti awam di Melaka terima suapan kereta
Perintah reman bermula hari ini hingga Isnin depan dikeluarkan Majistret Mazana Sinin, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Semalam, Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad dilaporkan berkata lelaki itu ditahan pada kira-kira 3 petang, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

