Tangkap layar rakaman memaparkan aksi sekumpulan lelaki memukul seorang individu di Kampung Pantai Kundor.

DUA ditahan susulan pergaduhan sekumpulan lelaki di Kampung Pantai Kundor, Kota Bharu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 8.33 malam.

Beliau berkata, polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dan dua inidvidu telah ditangkap bagi membantu siasatan.

“Usaha mengesan dan menangkap suspek yang terlibat kini giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Baca artikel berkaitan : 12 individu bergaduh di pusat hiburan Miri, ditangkap

Terdahulu tular dua klip video memaparkan sekumpulan individu bergaduh, mendakwa seorang lelaki mencuri seekor burung bernilai RM10,000.

Namun, tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Ismail di talian 019-2454124.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram