KKM umum 1,136 jururawat kontrak diperakukan ke pelantikan tetap

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SERAMAI 1,136 jururawat keluaran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berstatus lantikan kontrak akan diperakukan ke pelantikan tetap.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang memaklumkan pelantikan tetap itu akan diperakukan dalam tempoh suku keempat 2022 dan suku pertama 2023.

Menurut Khairy, inisiatif itu adalah satu daripada usaha menambah baik jaminan kerjaya kakitangan KKM serta meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Dalam pada itu, Khairy berkata, proses perakuan pelantikan ke jawatan tetap bagi sejumlah 2,804 jururawat swasta yang sebelum ini dilantik secara kontrak dan masih lagi berkhidmat di KKM bagi menyokong perkhidmatan kesihatan khususnya bersama-sama menangani isu pandemik COVID-19, akan dibuat secara berfasa kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

“Bagi jururawat Gred U29 dan U32 yang memiliki kelayakan akademik ijazah sarjana muda kejururawatan, secara prinsipnya pegawai tersebut boleh dipertimbangkan pelantikan ke Gred U41 atau kenaikan pangkat ke Gred U42.

“Dalam hal ini, KKM sedang melaksanakan langkah-langkah seperti menawarkan kenaikan pangkat ke Gred U42 kepada 110 jururawat yang memiliki ijazah sarjana muda kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan memenuhi syarat tempoh perkhidmatan sebagaimana syarat iklan. 

“Tawaran ini melibatkan 50 jururawat Gred U32 dan 60 jururawat Gred U36 yang akan dibuat pada 17 Oktober 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi:Sistem penilaian 360 darjah diperluas kepada pengarah hospital tahun ini – Khairy

Mengulas lanjut, Khairy berkata, sebanyak 49 jawatan jururawat Gred U41/42/U44 lagi akan diisi menerusi pengambilan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang akan dilaksanakan pada suku pertama 2023.

Jelas beliau, KKM mengunjurkan sebanyak 226 jawatan jururawat Gred U41/42/U44 diwujudkan dalam tempoh 2023 hingga 2025 iaitu 63 jawatan pada 2023; 125 jawatan pada 2024 dan 38 jawatan lagi pada 2025.

Menurut Khairy, jumlah jawatan jururawat itu tidak termasuk unjuran pewujudan sebanyak

7,434 jawatan Jururawat Gred U29, Gred U32 dan Gred U36 dalam tempoh yang sama.

Tambahnya, KKM akan menguruskan pelantikan tetap dan menawarkan kenaikan pangkat kepada pegawai yang layak mengikut tahun berkenaan.

Sementara itu, Khairy berkata, KKM juga telah mengemukakan permohonan untuk memfleksikan jawatan jururawat Masyarakat Gred U19 kepada jawatan jururawat Masyarakat Gred U19/Jururawat Gred U29.

Ujarnya, langkah itu adalah untuk memastikan penyampaian perkhidmatan di klinik ibu dan anak (KKIA) dan klinik desa yang cekap dan berkesan.

“Pindaan ini dibuat bagi membolehkan seramai 1,406 jururawat Masyarakat Gred U19 yang telah lulus kursus Diploma Kejururawatan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ditawarkan pelantikan tetap dan kekal mengisi jawatan sedia ada sebagai Jururawat Gred U29.

“Sehingga kini, sejumlah 2,775 perjawatan jururawat Masyarakat Gred U19 masih kosong dan permohonan untuk memfleksikan jawatan ini akan membolehkan jawatan tersebut diisi oleh graduan jururawat dari Institut Latihan KKM mahupun swasta.

“Menerusi keputusan ini dan selari dengan peredaran masa serta keperluan fasiliti, jawatan jururawat Masyarakat akan dijumudkan secara berperingkat,” katanya.

Tambah Khairy, jururawat Masyarakat sedia ada juga akan ditawarkan kursus Diploma Kejururawatan PSL yang dilaksanakan secara sepenuh masa dalam tempoh setahun. 

Katanya, KKM menggalakkan jururawat Masyarakat untuk mengikuti kursus Diploma Kejururawatan PSL supaya mereka boleh dipertimbangkan peningkatan dalam kerjaya sebagai Jururawat Gred U29. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This