Pemandu lori tong cat maut, tujuh anggota polis cedera nahas empat kenderaan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG pemandu lori yang membawa muatan tong cat maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), Rembau, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pemandu lori berusia 47 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Menurut beliau, lori yang membawa muatan tong cat itu turut mengalami kerosakan teruk.

Hazmi memberitahu, siasatan awal mendapati lori tersebut yang dalam perjalanan dari arah Senawang menghala ke Ayer Keroh telah mengubah haluan ke lorong laju.

“Penukaran arah tersebut telah membuatkan lori berkenaan menghimpit dua kereta iaitu Toyota Camry dan Perodua Alza di lorong berkenaan.

“Bagaimanapun, lori tersebut melanggar besi penghadang lebuh raya lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh van pasukan polis Johor Bahru Utara yang menghala ke Senawang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Remaja maut motosikal langgar batu penghadang

Kejadian tersebut turut mengakibatkan pemandu serta penumpang Toyota Camry mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Rembau.

Pemandu dan penumpang Perodua Alza bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hazri memberitahu, jenazah pemandu lori tong cat tersebut akan dibedah siasat di Hospital Rembau.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This