Salahuddin Ayub

TIMBALAN Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor yang baharu. 

Ahli Parlimen Pulai itu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram, akan dibantu oleh tiga Timbalan Pengerusi.

Tiga Timbalan Pengerusi itu ialah Pengerusi Amanah negeri Aminolhuda Hassan, Pengerusi DAP negeri Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh.

Jawatan Setiausaha pula dipegang Faizul Salleh (Amanah) manakala Bendahari oleh S. Gopalakrishnan (PKR) dan Ketua Penerangan disandang oleh Sheikh Umar Bagharib Ali (DAP).

“Pakatan Harapan Johor mengadakan mesyuarat baru-baru ini bagi memperkemas struktur kepimpinan PH negeri khususnya selepas PKR menyempurnakan kongres tahunan pemilihan parti.

Baca lagi: ADUN, Ahli Parlimen langgar keputusan parti gugur keahlian secara automatik – Amanah

“Hasil keputusan mesyuarat, PH Johor memutuskan Ahli Parlimen Pulai merangkap ADUN Simpang Jeram Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Pengerusi PH Johor, ” menurut kenyataan bersama PH Johor hari ini.

PH Johor turut menyatakan kesiapsiagaan jentera parti untuk berdepan segala kemungkinan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 yang boleh diadakan pada bila-bila masa.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram