PERTEMUAN Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Di Istana Brunei, London semalam.

PERTEMUAN Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah menyentuh berkenaan hubungan dua hala istimewa yang erat terjalin antara Malaysia dan Brunei.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, pertemuan empat mata di Istana Brunei, London semalam itu juga menyentuh usaha-usaha pengukuhan hubungan kedua-dua negara.

Seri Paduka Baginda menzahirkan komitmen Malaysia untuk mencapai hubungan dua hala yang lebih mendalam dalam bidang ekonomi dan dagangan, termasuk bidang pendidikan dan pertahanan serta kerjasama ekonomi di Sabah dan Sarawak.

Seri Paduka Baginda menzahirkan keyakinan bahawa aliran perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Brunei boleh diperkukuhkan lagi dan banyak lagi kerjasama ekonomi dapat diterokai demi kepentingan bersama.

Baca lagi: “Berhati-Hatilah Ketika Berada Di Pasar” Ini Pesan Baginda s.a.w.

Seri Paduka Baginda berpendapat bahawa program Konsultasi Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei merupakan landasan penting bagi menjayakan usaha-usaha pengukuhan hubungan dua hala.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan bahawa Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan Brunei berkenaan pembukaan sepenuhnya sempadan bermula pada 1 Ogos lalu.

Kali terakhir kedua-dua pemimpin melakukan pertemuan empat mata ialah semasa Lawatan Negara Seri Paduka Baginda dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Brunei pada bulan Februari, 2019.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dijadualkan mengakhiri Lawatan Khas selama enam hari ke London dan berangkat pulang ke tanah air semalam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram