SEORANG bekas pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu secara rasuah menerima untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai RM400 tanoa balasan daripada seorang pemberi.

Tertuduh, Mohamad Yusof Kameh, 55 mengaku menerima wang tersebut tanpa balasan daripada Budyarfi Rahmat yang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Mahkmah Sesyen Ayer Keroh mendenda tertuduh sebanyak RM3,000 kerana menerima suapan itu, empat tahun lepas.

Hakim Elesabet Paya Wan turut menjatuhkan hukuman penjara enam bulan sekiranya tertuduh, Mohamad Yusof Kameh, 55, gagal menjelaskan denda berkenaan. 

Baca lagi: Azeez Rahim lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

Mohamad Yusof didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka pada 22 Jun 2018.

Pertuduhan pilihan itu dibaca mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka Nur Syakila Yaacob manakala Mohamad Yusof diwakili peguam Datuk Naran Singh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram