Laporan akhir isu Batu Puteh dibentang kepada Kabinet 7 Oktober

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LAPORAN akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan akan dibentangkan kepada Kabinet pada 7 Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, laporan akhir berkenaan mengandungi syor-syor mengenai hala tuju kerajaan berhubung kes melibatkan Batu Puteh.

Menurut beliau, penubuhan dan pelaksanaan Pasukan Petugas Khas sepanjang hampir sembilan bulan merupakan bukti jelas komitmen kerajaan memastikan ekdaulatan negara sentiasa terjamin.

Katanya, pasukan petugas khas terdiri daripada peguam tempatan yang mengendalikan kes tersebut pada tahun 2016 hingga 2017.

Selain itu, ia turut diwakili pengamal undang-undang; pakar pengukuran maritim dan wakil kementerian serta jabatan yang berkepentingan yang telah selesai melaksanakan tugasan diamanahkan berdasarkan terma rujukan ditetapkan.

“Bagi maksud menjayakan tugasan sepanjang tempoh tersebut, pelbagai pendekatan telah dilaksanakan pasukan petugas khas seperti meneliti dan menyemak dokumentasi serta material berkaitan.

“Di samping itu, pasukan petugas khas juga mengadakan siri perbincangan atau mesyuarat dan lawatan kerja dalam serta luar negara; khidmat konsultasi bersama pakar perundangan dan juruhidrografi luar negara serta sesi temu bual dengan individu yang dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pelantikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai pengerusi pasukan petugas khas bagi tujuan semakan semula undang-undang berkenaan isu Pulau Batu Puteh.

Baca artikel berkaitan: Batu Puteh: Tanpa kerjasama Tun M, laporan akhir tetap disediakan

Selain Mohamed Apandi, PPK turut dianggotai peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Abu Bakar As-Sidek, Datuk Mohd Sidek dan Datuk Tengku Ahmad Fuad Tengku Ahmad Burhanuddin, peguam; bekas Duta Besar Malaysia ke The Hague, Datuk Ahmad Nazri Yusof; wakil Kerajaan Johor, Datuk Mohammed Ridha Datuk Abd Kadir; wakil Jabatan Peguam Negara, Datuk Umar Saifuddin Jaafar, wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Hamdan Ab Aziz dan wakil Kementerian Luar, Shaharudin Onn.

Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia, selain memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Batu Puteh akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.

Malaysia memfailkan permohonan semakan pada 2 Februari 2017 dan pada 30 Jun tahun sama, supaya mahkamah mentafsirkan penghakimannya berhubung kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diputuskan pada 23 Mei 2008.

Permohonan semakan itu difailkan berdasarkan penemuan baharu Malaysia melalui tiga dokumen penting menunjukkan pegawai tertinggi Singapura, tidak pernah menganggap ia memperoleh kedaulatan terhadap Batu Puteh di bawah Johor.

Dua daripada dokumen itu yang hanya boleh diakses kepada awam selepas ICJ memberikan penghakimannya juga menunjukkan pegawai Tentera Laut British mengakui perairan di pulau itu milik Johor.

Bagaimanapun, Malaysia terlepas peluang untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh selepas Perdana Menteri Ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman, berhubung kes kedaulatan pulau itu serta Batuan Tengah dan Tubir Selatan beberapa hari sebelum kes dibicarakan di ICJ pada 11 Jun 2018.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita dicabul ketika pulang kerja di Setia Alam, polis buru suspek

POLIS sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai mencabul seorang wanita ketika mangsa berjalan kaki pulang dari tempat kerja di...

More Articles Like This