Lebih baik PH kaji sokongan semua kaum kepada mereka, kata Shahril bidas Rafizi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“DARIPADA Rafizi sibuk mendakwa sokongan Melayu terhadap UMNO jatuh, mungkin ada baiknya Pakatan Harapan (PH) kaji sokongan semua kaum termasuk bukan Melayu terhadap mereka.”

Demikian kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan membidas kenyataan Rafizi yang mendakwa UMNO mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) secepat mungkin kerana sedar sokongan Melayu menjunam.

Menurut Shahril, ada data yang diketahui umum dan lebih tepat daripada semua formula think-tank mahu pun Rafizi.

Kata beliau, ia merupakan data dalam sesuatu pilihan raya dengan angka undi popular di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka jelas merentasi kaum.

Sebagai contoh, Shahril berkata, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Yong Peng yang majoriti pengundinya bukan Melayu memperlihatkan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja menang tetapi menambah jumlah undi.

“Tak pasti apa formula survei Rafizi dan pasukannya. Terbaru, beliau mendakwa sokongan Melayu kepada UMNO dah jatuh sehingga 18 peratus. Dahsyat kerana dalam PRU-15 pun, BN dapat lebih 40 peratus undi Melayu.

“Kalau dianggap itu data lama, UMNO/BN juga ada buat kajian tapi tidak pernah hendak umum pada semua orang jauh sekali mendabik dada.

Baca artikel berkaitan: PH selesai agih hampir semua kerusi hadapi PRU-15

“Kita akur keputusan pilihan raya ialah kuasa rakyat, bukan mana-mana ahli politik. Sesuatu angka mampu naik dan turun mengikut peredaran masa,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Pada masa sama, Shahril secara sinis turut bertanyakan Rafizi tentang sokongan rakyat terhadap PKR ketika ini.

“Adakah rakyat menyokong PKR seperti mana dalam PRU-14 dulu? Apa data di PRN Sabah, Melaka dan Johor?

“Tapi mungkin formula Rafizi lebih hebat daripada semua fakta ini. Jadi kita tunggu sahajalah suara rakyat yang akan menentukan PRU-15 nanti.

“UMNO dan BN sentiasa berwaspada dan menghormati hak rakyat memilih serta tidak ghairah memperlekeh tahap kekuatan pihak lain,” jelas beliau.

Semalam, Rafizi dalam jelajah Ayuh Malaysia di Pulau Pinang mendakwa UMNO terdesak mengadakan PRU-15 secepat mungkin kerana sedar sokongan pengundi kaum Melayu menjunam antara Ogos hingga September.

Rafizi mendakwa, berlaku peralihan sokongan Melayu sehingga sembilan peratus selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipenjarakan di samping isu kapal tempur pesisir (LCS).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This