Lubang benam: JKR Seberang Perai Utara tutup sebahagian jalan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JABATAN Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Utara bertindak menutup sebahagian jalan kawasan kejadian lubang benam di Jalan Bagan Lalang.

Kejadian lubang benam yang didakwa ‘tiba-tiba’ muncul itu mengejutkan penduduk sekitar kerana membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Menurut JKR Seberang Perai Utara, insiden itu berlaku pada permukaan tengah jalan di kawasan saluran pembentung Konsortium Indah Water (IWK).

Katanya, lokasi berhadapan sebuah nurseri buat masa ini dibuka hanya kepada kenderaan ringan.

Pada masa sama, JKR Seberang Perai Utara juga akan menyediakan jalan alternatif kepada pengguna jalan raya sekiranya diperlukan.

Baca artikel berkaitan: Ajal terjatuh dalam lubang laluan motosikal

“JKR akan bertindak menutup sebahagian kawasan yang berlaku lubang benam.

“Pembaikan kekal sedang diselaraskan bersama pihak IWK,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Petang tadi, satu video tular selepas penduduk dikejutkan dengan kejadian lubang benam di tengah Jalan Bagan Lalang, Seberang Perai Utara.

Lubang besar itu dilihat membahayakan pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gelaran ‘Tan Sri’ kepada Isa Samad ditarik balik

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran 'Tan...

More Articles Like This