PLATFORM beli-belah dalam talian, Lazada memperkenalkan LazBeauty Club khusus buat peminat produk-produk berasaskan kecantikan.
LazBeauty Club yang baru dilancarkan itu turut menawarkan ribuan tawaran eksklusif dan ganjaran keahlian istimewa daripada pelbagai jenama kegemaran ramai.
Antara jenama terkenal termasuk dalam LazBeauty Club itu adalah Laneige, Innisfree, Maybelline, L’Oreal Paris, Eucerin, Garneier serta jenama mesra-muslimah seperti Fazbulous by Fazura, Safi, Wardah dan banyak lagi.
Pelanggan yang mendaftar sebagai ahli LazBeauty Club turut memperoleh pelbagai baucar diskaun termasuk diskaun khas selamat datang bernilai RM6 daripada Lazada.
Selain itu, peminat produk kecantikan turut memperoleh baucar eksklusif bulanan daripada Lazada serta jenama yang mengambil bahagian dengan perbelanjaan minimum serendah hanya RM1.
“Bukan itu sahaja, ahli LazBeauty Club juga akan menerima tawaran eksklusif di samping pemakluman terkini mengenai produk yang sedang trending dan juga produk yang disyorkan LazBeauty Insiders yang terdiri daripada selebriti dan pempengaruh tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Meraque perkenal RACE, AGV pertanian pertama Malaysia

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia, Chenxi Zhou berkata, seiring dengan Jualan 10.10 Betul-Betul Karnival Lazada, LazBeauty Club turut menawarkan diskaun istimewa daripada jenama kecantikan kegemaran ramai dan penjimatan berganda.
Menurut beliau, ia dapat diperoleh menerusi pulangan tunai LazCoins, baucar penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum dan banyak lagi.
“Bagi mereka yang meminati dan mengutamakan kecantikan dan fesyen, berdandan cantik atau glamming up pastinya dapat menaikkan seri dan menambah keyakinan.
“Menerusi ciri AI dan AR-powered virtual Try-On di aplikasi Lazada, ia membolehkan pelanggan mencuba produk sampel seperti bedak asas atau gincu.
“Kami amat teruja kerana ia dapat menambah keceriaan pengalaman apabila memilih dan membeli produk kecantikan,” jelas beliau.
Sebagai pendahuluan kepada jualan terbesar tahunan iaitu Pesta Beli-Belah 11.11, Jualan 10.10 Betul-Betul Karnival Lazada merupakan permulaan untuk mencetuskan keterujaan membeli-belah dengan tawaran diskaun tanpa tandingan, promosi istimewa bagi ahli dan penjimatan berganda.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

