DUA lelaki direman selama lima hari selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun 47 kotak rokok di sebuah kedai serbaneka di Jalan Persiaran Pegaga, Taman Bayu Perdana, Klang.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang jurujual membabitkan kejadian pada 5.29 pagi, Jumaat.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 3.35 pagi itu, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah berhenti di hadapan premis sebelum salah seorang bertindak masuk ke dalam kedai.
“Suspek telah mengambil 47 kotak rokok pelbagai jenis kesemua bernilai RM700 sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Lelaki samun, belasah wanita ditahan tak sampai 24 jam
Hasil siasatan mendapati semasa kejadian, pengadu sendirian di premis manakala suspek yang memakai pelitup muka dan topi keledar masuk ke dalam premis melalui pintu hadapan yang tidak berkunci.
Jelasnya, tiada sebarang senjata yang digunakan semasa kejadian dan pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Malah, terdapat rakaman kamera litar tertutup menunjukkan pergerakan suspek yang boleh membantu siasatan.
Hoong Fong berkata, suspek ditahan dalam dua serbuan berbeza di kawasan Pandamaran Jaya dan Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang pada pukul 1.30 petang, hari yang sama.
“Suspek masing-masing berusia 24 dan 29 tahun mempunyai pelbagai rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah,” ujarnya.
Turut dirampas, pelbagai jenis rokok yang dilaporkan hilang beserta pakaian yang dipakai oleh suspek semasa kejadian.
Sehubungan itu, suspek direman sehingga Rabu dan kes kini  disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan samun berkumpulan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

