Pengasuh ditahan selepas bayi 8 bulan digigit di muka

Dari Penulis

SEORANG pengasuh ditahan selepas seorang bayi berusia lapan bulan digigit di muka dan telinga oleh kanak-kanak asuhan lain di Taman Putra, Ampang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, ibu mangsa menyedari terdapat kesan gigitan pada muka, kesan pulas di kedua-dua telinga ketika mengambil anak perempuannya dari rumah suspek pada pukul 5.40 petang.

Jelasnya, pihak polis telah menangkap suspek seorang wanita tempatan berusia 43 tahun pada hari Sabtu, pukul 11.45 malam.

“Suspek telah meninggalkan mangsa selama dua jam ketika keluar rumah dan dipercayai anak asuhan yang lain telah menggigit muka mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek mempunyai enam orang anak asuhan berusia tiga bulan sehingga dua tahun dan dua orang anak kandung seorang lelaki dan perempuan masing-masing berusia 16 dan 8 tahun.

Baca artikel berkaitan: Bayi 10 bulan maut selepas hantar ke rumah pengasuh

Mohamad Farouk berkata, mangsa kini ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu dan kes kini disiasat di bawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana telah menganiayai kanak-kanak sehingga mengalami kecederaan fizikal.

Tambahnya, bayi tersebut telah dirujuk ke Hospital Ampang bagi tujuan pemeriksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This