[VIDEO] Gandingan Afie Shazwan & Muna Shahirah menjadi dengan Cinta Hanya Buatan

Dari Penulis

SINGLE duet terbaru Afieq Shazwan dan Muna Shahirah berjudul Cinta Hanya Buatan telah dilancarkan pada 9 September lalu di semua saluran digital dan Youtube FMC Music.

Ia merupakan single duet yang pertama Afieq bersama penyanyi wanita dan single duet yang kedua untuk Muna.

Single duet pertama Muna bersama Zack Zakwan yang berjudul Bagaimana sebelum ini berjaya sekali lagi meletakkan nama Muna di dalam senarai calon separuh akhir Muzik Muzik buat kali kedua setelah single pertamanya, Teguh Setia layak ke separuh akhir Muzik-Muzik ke-34.

“Sekarang ramai pendengar muda dan remaja sukakan lagu-lagu jiwang dan mudah untuk dinyanyikan semula terutama ketika menyanyi di pusat karaoke.

“Dan saya lihat sendiri perubahannya apabila kami mula melancarkan semula Malam Semakin Dingin versi duet yang mana sambutannya sangat luar biasa.

“Single Cinta Hanya Buatan mengambil masa lama untuk disiapkan tetapi saya puas hati. Bagi saya ianya satu penantian yang berbaloi.

“Saya juga nak mohon maaf pada Muna kerana terpaksa bersabar untuk menyiapkan lagu ini disebabkan kekangan jadual kerja saya yang agak padat,” kata Afieq.

Dalam pada itu, Muna gembira kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan Afieq.

“Saya senang dan gembira dapat berduet dengan Afieq sebab dia seorang yang ‘easy going’ dan dia akan bagi 100 peratus komitmen kalau kerja dan dia juga pandai bantu memainkan emosi saya.

“Dan untuk pengetahuan semua ini adalah lagu pertama paling lama untuk kami siapkan. Daripada muzik , vokal dan muzik video semuanya mengambil masa enam bulan untuk disiapkan,” kongsi Muna.

Muna berharap semoga Cinta Hanya Buatan ini mendapat tempat di hati peminat dan berjaya ke pentas Akhir Juara Lagu.

“Sebelum ini dua lagu saya hanya sampai ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik, jadi kali ini saya berharap tuah dan kejayaan lagu ini membawa saya untuk merasa menjejakkan kaki ke pentas keramat penggiat seni hiburan dan lagu tanah air, Anugerah Juara Lagu.


“Biarlah orang nak kata apa kerana bagi saya sebagai penyanyi kita harus meletakkan satu sasaran dalam kerja dan lagu kita.

“Alhamdulillah lagu ini sudah pun dilancarkan. Saya berharap peminat dapat menerima buah tangan lagu terbaru daripada saya bersama Muna. Kali ini bukan lagu nyanyian semula tapi ianya 100 peratus lagu baharu,” ulasnya.

Cinta Hanya Buatan merupakan lagu ciptaan Ibnu dan lirik oleh Gouffran.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This