PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara pemimpin tertinggi UMNO yang tiba di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) petang tadi.
Ia sekaligus mengesahkan surat jemputan kepada semua Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian untuk satu perjumpaan khas bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri.
Baca lagi: Keputusan untuk bubar parlimen tiada kena mengena dengan parti politik – Ismail Sabri
Begitupun, agenda perjumpaaan itu masih belum didedahkan oleh mana-mana pemimpin UMNO yang hadir.
Dijangkakan semua 191 Ketua Bahagian selain 746 Ketua-Ketua Bahagian sayap UMNO membabit Wanita, Pemuda dan Puteri menghadiri perjumpaan khas yang diadakan ini.
Berita lanjut menyusul.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

