SEORANG lelaki yang bertindak mencuri sebuah tong gas di sebuah rumah dekat Taman Rakan, Batu 11, Kajang berjaya ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan kejadian pada hari ini.
Beliau berkata, satu klip video tular memaparkan aksi suspek memanjat pagar rumah mangsa sambil mengendong tong gas sebelum bertindak melarikan diri dengan menunggang motosikal jenis Honda Wave.
Katanya, ketika kejadian mangsa sendirian di rumah dan tidak mengenali suspek.
“Suspek berjaya ditangkap polis bersama tong gas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Polis buru dua lelaki guna Axia hijau curi lakukan samun
Jelasnya, polis juga berjaya menyelesaikan satu kes kecurian motosikal di daerah Kajang kerana motosikal yang digunakan suspek dilaporkan hilang.
“Suspek juga adalah orang yang dikehendaki polis atas kesalahan dadah,” ujarnya.
Mohd Zaid berkata, suspek akan dipohon reman di bawah Seksyen 117 dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Wan Noorhasmizan Wan Asri di talian 012-9548532 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

