Kenapa UMNO beria nak buat PRU-15 sekarang, soal Radzi

Dari Penulis

“KENAPA nak buat sekarang? Kenapa beria sangat nak buat sekarang?.”

Persoalan itu diajukan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin kepada pimpinan UMNO seperti dipetik Astro Awani.

Malah, Radzi yang juga Menteri Kanan Pendidikan berasa hairan dengan sikap pimpinan UMNO yang tetap mahukan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera, sebolehnya tahun ini juga.

Menurut Radzi, sekiranya UMNO berbicara soal kepentingan rakyat, jelas semua pihak tahu apa kepentingan yang penting waktu ini.

“Seperti saya jelaskan sebelum ini, inilah dia perangai UMNO.

“Mereka ingin menunjukkan bahawa mereka kuat, mereka parti paling kuat, paling teguh tapi mereka lupa yang paling kuat, apabila datangnya pilihan raya adalah rakyat.

“Rakyat yang mempunyai kuasa untuk mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Lokar Fasa Pertama di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia, hari ini.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: Parlimen dijangka bubar sebelum Bajet 2023 – Laporan

Mengulas mengenai persediaan Kementerian Pendidikan (KPM) sekiranya PRU-15 diadakan ketika banjir, Radzi memaklumkan perkara tersebut pastinya mendatangkan kesukaran.

Jelas beliau, ini kerana bangunan sekolah bukan sahaja digunakan sebagai pusat mengundi bahkan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Penggunaan sekolah sebagai PPS ini adalah satu kebiasaan, telah digunakan sekian lamanya dan kita telah senaraikan sekolah yang memang kita gunakan sebelum ini dan dijadikan PPS.

“Pada masa sama, sekolah juga digunakan untuk pusat mengundi. Kita tahu sekolah merupakan komponen utama apabila kita bercakap perihal mengundi. Bukan saja sekolah, guru pula banyak membantu dalam konteks pengurusan banjir.

“Sebab itu saya kata, seolah-olah tiada masa lain pula untuk buat pilihan raya,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This