YBR sediakan RM100,000 Bantuan Awal Pengajian pada pelajar UPM, sumbang SIR Corner

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PRIHATIN dengan golongan yang memerlukan, Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menyediakan peruntukan Bantuan Awal Pengajian berjumlah RM100,000 kepada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM).

YBR dalam kenyataan memaklumkan, sumbangan itu akan melibatkan seramai 100 pelajar daripada keluarga isi rumah berpendapatan rendah (B40) bagi memulakan pengajian masing-masing.

Pada masa sama, YBR turut menyumbang satu ruangan ilmu yang dikenali sebagai Serambi Ilmu Rakyat (SIR) Corner kepada UPM.

Menurut YBR, SIR Corner merupakan satu sudut bagi pelajar mencari bahan untuk menambah ilmu pengetahuan dan kajian mereka.

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian YBR dan perasmian SIR Corner itu telah disempurnakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Dr. Abd Rahman Bakri.

UPM yang diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Roslan Sulaiman.

Turut hadir, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Ketua Bahagian Operasi, Mohd. Mukhti Abd Rahman dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Abd Rahman dalam ucapannya berharap bantuan yang diberikan itu dapat membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung pelajar dan keluarga dalam memulakan pengajian bagi semester baharu.

Baca artikel berkaitan: YBR hulur bantuan RM100,000 kepada mahasiswa B40 UNITEN

Kata beliau, sumbangan itu akan diberikan kepada pelajar yang telah menerima tawaran kemasukan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

“Misi membantu pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan terutama masyarakat luar bandar; pedalaman dan miskin bandar yang dapat memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Projek SIR Corner yang dilancarkan juga merupakan projek di mana YBR menyediakan ruangan selesa dilengkapi peralatan komputeri bagi memudahkan perkongsian maklumat melalui koleksi bahan bacaan digital SIR yang bersesuaian dengan pelajar.

“Projek ini merupakan kerjasama dengan 18 institut pengajian tinggi (IPT) terpilih di seluruh negara yang melibatkan peruntukan sebanyak RM270,000,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This