MESYUARAT khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan malam ini akan membincangkan persiapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ahli MT UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata selain itu, mesyuarat juga akan membincangkan perkara-perkara berbangkit, termasuk soal berkaitan banjir.
“…malam ini lebih kepada persiapan seandainya pilihan raya berlaku pada bila-bila masa, dan demikian juga kalau ada perkara-perkara berbangkit, termasuk soal membabitkan banjir,” katanya kepada pemberita hari ini.
Baca artikel berkaitan: Mesyuarat khas MKT UMNO esok, bincang persiapan PRU-15?
Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung beberapa laporan media mengenai UMNO akan mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) malam ini.
Terdahulu, Reezal Merican yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Parlimen Kepala Batas di Masjid Abdullah Fahim dan menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada setiap 37 buah masjid dan RM2,000 kepada setiap 76 buah surau di Kepala Batas.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

