“MASALAHNYA dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak mahu bekerja dengan saya, saya orang baik,” kata Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata demikian secara spontan ketika ditanya sama ada masih mahu bekerjasama dengan Presiden PKR itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Menurut Dr. Mahathir, soalan itu patut ditanyakan kepada Anwar sama ada mahu bekerjasama dengan dirinya.
Mengulas mengenai kemungkinan kerjasama dengan parti-parti lain, bekas Perdana Menteri itu berkata, GTA akan memilih parti yang ‘sebulu’ sahaja.
Kata beliau, ‘sebulu’ yang dimaksudkan itu adalah parti tersebut mestilah menentang UMNO, namun perkara lain masih boleh dirundingi.
Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut tidak menolak kemungkinan untuk menjalinkan hubungan politik dengan bekas partinya sendiri iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kita akan timbang (kerjasama dengan Bersatu) tetapi masih belum ada lagi rundingan ke arah itu. Cuma kita terima kemungkinan itu.
“Kita bersetuju untuk memikirkan tentang kemungkinan bekerjasama dengan parti-parti yang ‘sebulu’ dengan kita, siapa saya tak boleh dedahkan.
Baca artikel berkaitan: Dr. Mahathir pertahan Langkawi, GTA guna logo Pejuang
“Kita sanggup bekerjasama kalau mereka ingin selamatkan negara daripada pemerintahan UMNO kerana kita dapati UMNO ialah sebuah parti yang tidak mengambil berat tentang masalah rakyat,” katanya dalam sidang media hari ini.
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, GTA yang akan menggunakan logo Pejuang dalam PRU-15 juga bakal meletakkan calon di 120 kerusi Parlimen atau lebih.
Jelasnya, perkara itu mungkin temrasuk calon-calon kerusi Parlimen di Sabah.
“Kita bertanding di lebih daripada 120 kerusi kerana mahukan majoriti besar yang mampu menjamin kestabilan politik di negara ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

