Mekanik menyamar polis ditahan, dua lagi diburu kerana menyamun

Dari Penulis

HELAH seorang mekanik yang menyamar sebagai anggota polis sebelum melakukan jenayah samun terhadap seorang remaja di tepi jalan Taman Putra, Ampang, semalam, terbongkar apabila ditahan polis pada pukul 1 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, dalam kejadian pukul 5 pagi, mangsa berusia 16 tahun bersama rakan-rakan dalam perjalanan pulang dari Bukit Ampang dengan menaiki motosikal.

Beliau berkata, mangsa telah ditahan oleh dua buah motosikal yang dinaiki tiga lelaki Melayu mengaku sebagai anggota polis.

“Suspek memberitahu bahawa laluan tersebut tidak boleh dilalui sebelum mangsa dan rakan-rakan bertindak beredar dari kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, semasa di persimpangan lampu isyarat, mangsa menyedari kesemua suspek sedang mengejarnya dan bertindak melarikan diri, tetapi tidak berjaya apabila motosikalnya ditahan.

Katanya, salah seorang suspek mengambil wang tunai bernilai RM20, telefon jenis Oppo serta mengambil gambar kad pengenalan mangsa.

“Mangsa kemudian telah dibenarkan balik lalu bertindak terus ke balai polis bagi membuat laporan,”ujarnya.

Baca artikel ; Buruh ditahan menyamar polis

Mohamad Farouk berkata, bertindak atas maklumat, salah seorang suspek ditahan bersama telefon bimbit Oppo milik mangsa dan telefon suspek yang mengandungi gambar kad pengenalan mangsa pada awal pagi tadi.

Katanya, suspek juga adalah individu yang terlibat dalam kes yang disiasat di Kampung Sungai Takali, Hulu Langat.

“Polis turut merampas pakaian, topi keledar dan motosikal yang digunakan oleh suspek semasa kejadian samun di kawasan perumahan berhampiran.” Ujarnya.

Semakan mendapati suspek berusia 33 tahun itu mempunyai lima rekod jenayah dan satu rekod lampau dadah.

Malah, saringan air kencing suspek adalah positif dadah jenis methamphetamine dan benzo.

Jelasnya, suspek kini ditahan reman sehingga Jumaat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, pihak polis kini mengesan dua lagi rakan suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tentera Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama hadapi ancaman baharu

SERAMAI 719 anggota keselamatan dan agensi berkaitan dari Malaysia serta Indonesia menyertai Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera Angkasa...

More Articles Like This