TSUNAMI politik yang melanda negara suatu ketika dahulu sudah berakhir dan kini tiba masa untuk Barisan Nasional (BN) kembali bangkit menebus maruahnya.
Keyakinan ini bersandarkan kepada kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN) yang lalu meskipun bergerak solo tanpa sokongan parti lain.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, formula kepada kejayaan tersebut adalah kerja keras dan strategi bijak dalam menyaingi parti lawan.
Katanya, antara strategi yang dilihat ampuh dan membuahkan hasil adalah pemilihan muka-muka baharu sebagai calon.
“Pada hemat saya apa pun keadaan yang datang, semangat jentera UMNO dan parti-parti komponen lain berada dalam keadaan luar biasa dan kejayaan sedang menanti kita.
“Pendekatan di Melaka dan Johor di mana 70 peratus ke atas adalah muka-muka baru yang diketengahkan sebagai calon.
“Maka azam kami di peringkat nasional 70 peratus muka-muka baharu akan diperkenalkan sebagai calon,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran BN di Kompleks UMNO Bagan Datuk, hari ini.
Baca artikel berkaitan: DAP pamer belang bila persoal pembubaran Parlimen oleh Agong
Pada masa sama, Ahmad Zahid menyatakan rasa peliknya terhadap pembangkang yang tidak begitu gembira bila mana pembubaran Parlimen diisytiharkan
Katanya, pelbagai alasan diberikan oleh mereka untuk menggagalkan usaha pilihan raya yang berniat mahu mengembalikan semula kestabilan negara.
Katanya lagi, hakikat yang sebenarnya pembangkang mengetahui bahawa mereka sudah tidak mampu menampung gelombang kebangkitan yang kini bersama BN.
“Sepatutnya parti-parti pembangkang bersuka cita kerana mereka mahu pilihan raya diadakan awal tetapi keadaan ini cukup pelik, mereka tidak suka pilihan raya umum diadakan awal kononnya ada banjir.
“Ini semua alasan sebab apa, bukan sahaja mereka takut, mereka telah menghidu bahawa kekalahan akan memihak kepada mereka,” katanya.
Atas dasar itu, Ahmad Zahid mahu jentera parti merapatkan saf dan mengetepikan perbezaan pandangan dalam usaha menjadikan BN kuat semula seperti suatu masa dahulu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram