PENGALAMAN bergelar penjaja di kaki lima ketika masih bersekolah rendah membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memahami masalah dihadapi golongan tersebut.
Oleh disebabkan itu, apa sahaja permintaan dibangkitkan mereka sentiasa mendapat perhatian khusus daripada beliau.
“Saya juga pernah menjadi penjaja. Waktu saya bersekolah rendah lagi saya sudah menjual limau di kaki lima, menjual ikan di pasar minggu Pekan Sehari Temerloh.
“Jadi, apa yang para penjaja bangkitkan, saya faham. Hidup saya dulu sama dengan penjaja, apa yang penjaja rasa, saya dah lalui dulu.
“Sebab itulah, setiap permohonan yang dibuat oleh penjaja pasti saya luluskan. Semuanya untuk kepentingan penjaja, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.
Katanya lagi, golongan penjaja, peniaga dan usahawan kecil amat dekat dihatinya.
“Sehubungan itu, saya bersetuju menjadi penaung Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia,” katanya lagi.
Kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu penjaja dan peniaga kecil antaranya, Program Usahawan Muda Kota, pengurangan 50 peratus sewaan premis, pengecualian sewaan tapak kepada penjaja dan peniaga kecil serta pengecualian fi lesen penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.
Selain itu, program pembiayaan mikro tanpa faedah berjumlah RM50,000 ditawarkan kepada penjaja dan peniaga kecil yang berniaga secara dalam talian.
Dalam Bajet 2023, geran ‘one-off’ sebanyak RM1,000 diberikan kepada semua syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdaftar.
Sebanyak RM350 juta disediakan untuk Skim Penjaja Kecil Keluarga Malaysia dan Skim pinjaman kepada kepada pengusaha kecil di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) khusus untuk Bumiputera, wanita, belia dan sektor tidak formal dengan peruntukan RM300 juta.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

