Perak minta JKPTG wujud polisi baharu bina rumah generasi kedua Felda

Dari Penulis

IPOH, 28 Ogos (Bernama) — Kerajaan Perak meminta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) supaya mewujudkan satu polisi baharu bagi menyelesaikan isu membabitkan pembinaan perumahan generasi kedua Felda di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata satu pertemuan akan diadakan dengan JKPTG untuk membincangkan mengenai Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1967 yang perlu disemak semula. 

“Ini kerana sejak dahulu lagi timbul masalah membina rumah generasi kedua ini kerana peruntukan dalam GSA menetapkan hanya sebuah rumah boleh dibina dalam satu plot tapak.

“Di kampung tradisional, keliling rumah ibu bapa ada rumah anak-anak boleh dibina, tetapi keadaan ini berbeza di penempatan Felda, tidak boleh dibuat begitu kerana terikat dengan GSA,” katanya kepada pemberita pada Program Mesra Bersama Peneroka Felda Negeri Perak di Laman Seri Ridzuan di sini hari ini.

Baca lagi: Saarani dahului senarai penerima darjah kebesaran Negeri Perak

Saarani berkata hal itu menjadi isu kerana semua kawasan Felda adalah di bawah GSA yang mempunyai geran berangkai antara tapak rumah dengan kebun.

“Jadi, kita kena selesaikan (isu) GSA ini terlebih dahulu baharu kita boleh laksanakan pembinaan rumah generasi kedua Felda,” katanya sambil menambah terdapat 17 tanah rancangan Felda di negeri ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This