Ibu, anak maut dalam kemalangan tiga kenderaan dekat Karak

Dari Penulis

SEORANG ibu bersama anaknya maut selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan tiga buah kenderaan di Kilometer 41, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, 1.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda yang dipandu lelaki berusia 58 tahun bersama tiga orang penumpang, sebuah Proton yang dipandu remaja berusia 18 tahun dan sebuah treler yang dipandu lelaki berusia 31 tahun.

Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu Honda dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu.

“Sampai di tempat kejadian, pemandu Honda dipercayai telah hilang kawalan lalu melanggar treler yang berada di lorong kiri.

“Pemandu Honda kemudian berpusing masuk ke lorong kanan sebelum datang pemandu Proton dari arah belakang yang tidak sempat membrek lalu melanggarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Pemandu lori maut langgar treler dekat Karak

Zaiham berkata, akibat kemalangan tersebut, dua penumpang Honda berusia 52 dan 28 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa lain yang terlibat mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Bentong bagi menerima rawatan,” katanya.

Sehubungan itu, kes kini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Zaiham meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dan menasihati pengguna jalan raya sentiasa memandu kenderaan dengan berhati-hati.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This