Penamaan calon PRU-15: PDRM gerakkan 31,183 petugas, unit dron seluruh negara

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan 31,183 petugas serta aset dron di seluruh negara bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), esok.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, ia melibatkan tugas pemantauan oleh petugas beruniform dan tidak beruniform serta Unit Dron PDRM.

Beliau yang juga Pengarah Operasi PDRM bagi PRU15 berkata, PDRM siap siaga bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga sepanjang proses penamaan calon PRU-15 berlangsung.

“PDRM menyeru semua pihak yang terlibat agar memberi kerjasama dalam mematuhi undang-undang dan mengelak daripada melakukan sebarang provokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: Vape mengandungi dadah dijual secara terbuka – PDRM

Sementara itu, di PULAU PINANG, jurucakap PDRM PRU-15 Pulau Pinang memaklumkan lebih 2,000 pegawai dan anggota polis akan bertugas di 13 pusat penamaan calon serta kawasan sekitarnya bagi memastikan proses berkenaan berjalan lancar esok.

“Pihak polis turut menutup beberapa jalan utama dan membuka lencongan haluan di 13 pusat penamaan calon itu bagi memastikan kelancaran perjalanan proses tersebut dan orang ramai diminta mematuhi arahan pihak polis yang bertugas bagi memastikan kelancaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jalan-jalan yang terlibat itu ditutup bermula pukul 6 pagi sehingga 12 tengah hari atau sehingga proses penamaan calon selesai, katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Rosmah diperintah bayar RM67.5 juta kepada tukang emas mewah Lubnan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor membayar RM67.5 juta kepada syarikat tukang emas mewah...

More Articles Like This