DATUK Seri Mohamed Azmin Ali bakal menghadapi saingan sengit bagi mempertahankan kerusi Parlimen Gombak daripada empat pencabar lain dalam pertembungan lima penjuru.
Mohamed Azmin yang juga calon Perikatan Nasional (PN) akan menerima tentangan hebat daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH).
Pada masa sama, kerusi Parlimen Gombak juga akan menyaksikan kehadiran Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din sebagai calon Barisan Nasional (BN).
Selain itu, Gerakan Tanah Air (GTA) yang menggunakan logo Pejuang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini meletakkan Jamaludin Mohd Tahir manakala seorang calon bebas, Zulkifli Ahmad turut bertanding di Gombak.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: Muhyiddin ditentang calon PH, BN di Parlimen Pagoh
Pengesahan pencalonan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wan Norazlina Abdul Aziz di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, hari ini.
Mohamed Azmin yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiba pada pukul 8.40 pagi disertai penyokong-penyokongnya.
Amirudin yang kali pertama bertanding di kawasan Parlimen pula hadir lima minit sebelum itu.
Pada PRU14, Azmin yang bertanding atas tiket PKR menang besar dengan 75,113 undi (majoriti 48,721) menewaskan calon BN, Datuk Abdul Rahim Kamarudin dan calon PAS, Ir. Khairul Nizam yang masing-masing memperoleh 26,392 undi dan 17,537 undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

