Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PEMBANGKANG disifatkan sebagai terdesak selepas didakwa memainkan naratif satu undi untuk Barisan Nasional (BN) adalah satu undi kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob nyata tidak terkejut dengan sikap pembangkang itu kerana ia sudah acap kali digunakan bagi meraih undi simpati.

Malah, beliau melihat dakwaan berkenaan tidak berasas kerana pencalonannya sebagai Perdana Menteri sekiranya diberi mandat dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO dan usul dalam Perhimpunan Agung UMNO.

“Pengundi sudah berbeza dan tidak boleh dimomokkan dengan naratif sama kerana mereka sudah tahu menilai.

“Apa yang penting kini, BN komited untuk berkempen dan membuktikan parti ini mampu membela nasib rakyat,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Baca artikel lain: PRU-15: Ismail Sabri kekal calon PM, ia keputusan parti – Shahril Sufian Hamdan

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kenduri Rakyat di Kemayan, Bera.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berjanji akan memastikan pengundi jelas dengan perancangan yang bakal dibawa BN.

Katanya, kempen di Bera lebih tertumpu untuk bertemu seramai mungkin pengundi dan memberi penerangan mengenai pembaharuan yang ditawarkan BN.

“Bajet 2023 bukan bajet ‘over promise’ seperti dilakukan oleh pembangkang dan akhirnya tidak dapat ditunaikan ketika mereka memerintah.

“Kerajaan sudah memastikan Bajet 2023 yang dibentangkan tempoh hari mempunyai keupayaan kewangan bagi membolehkan ia dilaksanakan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram