Dakwaan kebocoran data pengundi tidak benar – Hamzah

Dari Penulis

DAKWAAN berlaku kebocoran data pengundi yang tersebar di media sosial, adalah tidak benar kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya mengeluarkan maklumat nama dan nombor kad pengenalan sahaja, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Perkara itu tidak betul mesti ada pihak yang cuba menipu bagi mencari keuntungan dan sehingga kini pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum menerima laporan polis.

“Jika ada laporan maka kita akan siasat,” katanya kepada pemberita pada Program Jelajah Perikatan Nasional (PN) di sini hari ini.

Beberapa portal hari ini melaporkan berlaku kebocoran pada data SPR dan maklumat  800,000 pengundi dijual dalam laman penggodam.

Portal berkenaan melaporkan seorang penjual memiliki pangkalan data MySPR termasuk swafoto, butiran MyKad dan butiran lain seperti alamat penuh, alamat e-mel, tarikh lahir dan kata laluan. -BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This