UMNO membuat keputusan menggantung sementara dua Ketua Wanita UMNO Bahagian di Arau dan Maran berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan penggantungan itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Ahmad memberitahu keseluruhan jawatan di peringkat Cawangan dan Bahagian Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Shamsiah Yasin serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran iaitu Datuk Fatimah Kassim.
“Penggantungan ini adalah selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO kerana ada aduan sahih berkenaan tingkah laku, sikap dan kecenderungan kedua-dua Ketua Wanita UMNO Bahagian.
Baca artikel berkaitan: Khairy miliki percaturan ‘membersihkan’ UMNO
“Ia berhubung sikap secara langsung atau tidak langsung dan menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad memaklumkan, butiran lanjut dan pertuduhan akan dibuat dalam masa terdekat.
Jelas beliau, ia selepas aduan ke atas kedua-dua Ketua Wanita berkenaan kepada Lembaga Disiplin dalam waktu terdekat.
“UMNO ingin menegaskan pemantauan berterusan akan dilakukan terhadap ahli-ahli parti sepanjang tempoh kempen PRU-15 ini bagi memastikan tiada unsur-unsur sabotaj dilakukan terhadap calon dan parti,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

