Betulkan niat PRU-15 untuk rakyat, Tengku Zafrul tak ambil peduli fitnah lawan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SIFAT sebagai seorang teknokrat telah membuatkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak begitu mengambil peduli akan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Fokus beliau kini adalah bagaimana untuk mememangi hati pengundi dengan menyakinkan mereka melalui aku janji atau manifesto yang akan dilaksanakan sekiranya diberi mandat.

Tengku Zafrul mengakui, menerima laporan difitnah hampir setiap hari namun beliau berpegang pada prinsip ‘biarlah apa orang nak kata’.

Tegasnya, apa yang penting kehadirannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berniat ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat yang memerlukan pembelaan.

“Saya telah dinasihatkan oleh kawan-kawan, keluarga saya yang bila musim pilihan raya ini mulalah fitnah-fitnah, lagi dekat 19 hari bulan ini lagi banyak fitnah akan keluar.

“Saya dengar nasihat mereka supaya kita fokus sahaja pada kebajikan rakyat, pembangunan negara, pembangunan kawasan Parlimen Kuala Selangor untuk saya.

“Sebagai pengundi, saya pun pengundi juga apa yang saya nak dengar dari calon adalah apa manifesto, apa aku janji, kalau menang apa yang boleh calon ini buat, wakil rakyat ini buat untuk saya.

“Bukan apa calon ini cakap pasal calon lain, kalau fitnah itu biasalah, saya rasa bukan saya seorang sahaja difitnah ramai calon-calon lain juga difitnah, tetapi pengundi sekarang ini sudah pandai,” katanya ketika ditemui UtusanTV, baru-baru ini.

Baca artikel lain: Dengar, hayati dan selesaikan, lebih 50 aku janji Tengku Zafrul untuk Kuala Selangor

Justeru, Tengku Zafrul berharap akan berlaku ‘clean fight’ atau pertembungan bersih dalam kalangan calon yang bertanding selaras dengan amalan demokrasi negara.

Malah, beliau mengakui tidak mempunyai sebarang masalah dengan calon lain terutamanya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dari Pakatan Harapan (PH) yang pernah bergelar Menteri Kesihatan.

Dalam pada itu, beliau mengakui pengalaman menggalas jawatan Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif CIMB memberinya keupayaan dalam urusan pentadbiran.

Ujarnya, pengalaman mengawal selia urusan kumpulan CIMB untuk 14 negara dan memiliki 45,000 pekerja akan dapat membantu beliau membawa arus perubahan kepada penduduk Kuala Selangor.

“Alhamdulillah setakat ini responsnya (penduduk) baik dari segi bila saya jumpa mereka, tiada yang respons negatif tetapi sekali lagi saya tak nak leka, cannot take things for granted, kita akan teruskan momentum kita.

“Kita kena beri keyakinan kepada mereka apakah agenda kita, apakah manifesto kita, apakah aku janji kita supaya mereka dapat menilai sama ada kita ini serius atau tidak untuk menjadi wakil rakyat.

“Sama ada kita ini berkemampuan atau tidak untuk melaksanakan apa yang kita janjikan,” katanya tegas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This