SEMUA calon yang bertanding bagi merebut kerusi P.017 Padang Serai mengambil inisiatif untuk berhenti berkempen bermula semalam.
Antaranya, calon Barisan Nasional (BN), Datuk C. Sivaraj yang merupakan pemimpin terawal menghentikan serta-merta kempen pilihan raya.
Langkah itu dilakukan sebaik sahaja beliau mengetahui penyandang kerusi itu Parlimen itu, mendiang M Karupaiya, 69, meninggal dunia semalam.
Jelas Sivaraj, tindakan itu sebagai tanda hormat kepada mendiang yang meninggal dunia secara mengejut di Hospital Kulim petang semalam.
“Secara peribadi saya memang tidak mengenali mendiang, namun kami pernah bersama menghadiri program di kawasan ini.
Berikutan itu, sebagai tanda hormat atas pemergian mendiang, saya hentikan serta-merta semua kempen dan akan menunggu pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya memetik laporan Berita Harian.
Baca lagi: PRU-15: SPR adakan mesyuarat Jumaat bincang kerusi Padang Serai
Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin, turut mengambil langkah sama terutama berkaitan ceramah selepas SPR tidak lagi mengeluarkan permit sehingga pengumuman baharu dikeluarkan.
“Wakil saya dimaklumkan bahawa kempen melalui ceramah perlu dihentikan sementara sehingga pengumuman baharu dikeluarkan.
“Bagi pihak PN, kita akan akur dengan arahan itu dan kami turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan penyokong mendiang, saya harap mereka bersabar dan tabah,” katanya.
Semalam, Mendiang Karupayia disahkan meninggal dunia jam 2.27 petang akibat komplikasi jantung ketika dirawat di Hospital Kulim.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

