PRU-15: Kerusi Parlimen Padang Serai tidak dipertandingkan esok, dilaksana 7 Disember

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PILIHAN Raya bagi kerusi Parlimen Padang Serai tidak akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) esok.

Sebaliknya, pilihan raya bagi kerusi Padang Serai itu akan dilaksanakan pada tarikh baharu iaitu pada hari Rabu, 7 Disember depan.

Perkara itu diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mengadakan mesyuarat khas hari ini yang menetapkan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Padang Serai perlu diadakan semula.

Ia susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya, Rabu lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon bagi kerusi itu pula ditetapkan pada Khamis, 24 November manakala hari mengundi awal pada Sabtu, 3 Disember.

Menurut beliau, tempoh berkempen ditetapkan selama 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November sehingga pukul 11.59 malam, 6 Disember 2022.

Abdul Ghani memaklumkan, urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara secara dalam talian akan dibuka hari ini sehingga Selasa depan.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: SPR adakan mesyuarat Jumaat bincang kerusi Padang Serai

“Bagi maksud hari penamaan calon untuk Parlimen Padang Serai pada 24 November, calon-calon yang layak dan sah dinamakan sebelum ini dikehendaki hadir ke pusat penamaan calon bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan giliran pada kertas undi.

“Bakal calon baharu yang ingin bertanding dalam PRU-15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai pula hendaklah menyerahkan kertas penamaan calon yang telah lengkap diisi dan disemak oleh pejabat pegawai pengurus oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa hari penamaan calon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPR juga telah melantik Pegawai Daerah Kulim, Datuk Abdul Bari Abdullah sebagai pegawai pengurus pilihan raya dibantu enam penolong pegawai pengurus.

Selain itu, Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di Kulim akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

Seramai 2,468 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses pilihan raya Parlimen Padang Serai manakala 46 pusat mengundi biasa mengandungi 230 saluran dan satu pusat mengundi awal yang mengandungi dua tempat mengundi akan digunakan.

Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 47 buah dengan 232 saluran.

Pilihan raya bagi kerusi Padang Serai dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM1.6 juta.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This