Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang./Gambar FB Abdul Hadi

PAS mengucapkan terima kasih kepada kesemua pengundi yang menyokong parti itu termasuk gabungan Perikatan Nasional (PN).

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya amat menghargai sokongan yang diberikan berdasarkan kepada beberapa keputusan rasmi dan tak rasmi dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ujarnya, PN akan memastikan segala tawaran yang dijanjikan menerusi manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan dilaksanakan sebaik mungkin.

Beliau juga mendoakan agar pengorbanan para pengundi yang berdepan dengan kekangan namun masih lagi pulang mengundi PAS dan PN semoga menerima ganjaran daripada Allah SWT.

“Alhamdulillah kesyukuran kita panjatkan kepada Allah yang telah menganugerahkan kemenangan selesa kepada PAS dan Perikatan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 ini berdasarkan keputusan tidak rasmi.

“Tahniah saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menjalankan tanggungjawab dalam memilih kepimpinan negara, saya mewakili PAS ingin mengucapkan jutaan terima kasih.

“Pengorbanan anda untuk balik mengundi akan diberikan ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT, terima kasih juga kepada jentera pilihan raya kali ini,” katanya.

Baca artikel lain: [Tidak rasmi] PRU-15: Mahathir hampir pasti tewas di Langkawi

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi Abdul Hadi malam ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menegaskan, pihaknya akan meneliti semula kewajaran untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) yang tidak sepatutnya dilaksanakan pada musim tengkujuh.

“Kita akan bincangkan kemudian, kita melihat kewajaran musim tengkujuh yang berlaku sekarang tak munasabah diadakan pilihan raya

“Kita akan fikir masa yang munasabah untuk menyelesakan rakyat mengundi,” katanya lagi.

Pada masa sama, Abdul Hadi yakin PN akan membentuk kerajaan berdasarkan keputusan yang diperoleh.

“Yakin akan membentuk kerajaan berdasarkan keputusan awal yang kita dapati,” kata tegas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram