Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob GAMBAR: Bernama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengekalkan kemenangannya bagi penggal kelima Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan majoriti besar 16,695 undi bagi menewaskan dua pencabarnya.

Ismail Sabri yang mewakili Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang Parlimen itu memperoleh sebanyak 31,762 undi, jauh meninggalkan pencabarnya Abas Awang (Pakatan Harapan-PKR) yang memperoleh 15,067 undi, manakala Datuk Asmawi Harun (Perikatan Nasional-Bersatu) mendapat 12,719 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pengawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera Datuk Zaman Azam Mohamat Sarif di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Pada pilihan raya umum 2018, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menang dalam saingan tiga penjuru dengan memperoleh majoriti 2,311 undi, menewaskan calon PKR Zakaria Abdul Hamid yang mendapat 18,499 undi manakala calon PAS Musaniff Ab Rahman memperoleh 8,096 undi. 

— BERSAMBUNG

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram